Sunday, September 26, 2010

Oh braces!

Pendakap gigi juga dikenali sebagai orthodontic braces and also simply known as(knp bi) braces!Apakah?kenapakah?braces secara umumnya alat(mcm xsesuai) digunakan dalam bidang pergigian atau dikenali sebagai aksesori(biasanya remaja2 sebut) yang dipakai di gigi. Tak lain xbukan pemakaian braces bertujuan untuk memperbetulkan kedudukan gigi supaya lebih teratur dan menambah kecantikan gigi. Kata doktor lagi braces ni digalakkan bagi mereka yang mempunyai susunan gigi yang tak teratur pada kadar yang teruk yang boleh membawa masalah percakapan, estetik, pemakanan dll jika tidak dirawat.
Tp sebelum kita berbuat keputusan untuk berbuat sesuatu jangan pula dilupa hukum agama.Islam kan melarang kita mengubah sesuatu ciptaan Allah yang sempurna tanpa sebab yang rasional,tanpa kemudaratan dan darurat.Jadinya mai kite teliti ayat di bawah ini.

لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم الواشمة والموشمة، والواشرة والمستوشرة

“Rasulullah s.a.w. melaknat perempuan yang membuat tatu dan meminta dibuat tatu, perempuan yang menipiskan gigi dan yang meminta dinipiskan giginya”. (Riwayat Ibnu Jarir dari Ibnu ‘Abbas r.a.)


لَعَنَ اللهُ الْوَاشِمَاتِ، وَالْمُسْتَوْشِمَاتِ، وَالنَّامِصَاتِ وَالْمُتَنَمِّصَاتِ، وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ، الْمُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللهِ

“Allah melaknat perempuan-perempuan yang membuat tatu dan yang meminta dibuat tatu pada badannya, perempuan-perempuan yang minta dicukur alis (bulu keningnya) dan perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya untuk kelihatan cantik iaitu perempuan-perempuan yang merubah ciptaan Allah”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin Mas’ud r.a.)

Imam Nawawi semasa mensyarahkan hadis di atas, beliau menegaskan; sabda Nabi s.a.w. “perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya untuk kelihatan cantik” menunjukkan bahawa yang diharamkan ialah bagi orang-orang yang melakukan perkara tersebut (yakni mengubah gigi) untuk tujuan kecantikan semata-mata. Adapun kerana keperluan iaitu untuk mengubati atau untuk membaiki kecacatan pada gigi dan seumpamanya, maka diharuskan”. (Syarah Soheh Muslim, juz. 14, Kitab al-Libas Wa az-Zinah).

Jadi jelaslah kita yg memakai braces tidak termasuk di dalam perbuatan mengubah gigi yang dilaknat Allah dan RasulNya di dalam hadis sbb tujuannya bukanlah nk mengubah ciptaan Allah dengan sengaja tetapi untuk membaiki kecacatan pada gigi. Walaupun gigi yang jongang(teringat cerita halimah jongang) atau tidak teratur tidak menybbkan kecacatan fizikal tp menybbkan kecatatan kpd mental kerana sudah tentu npk tidak cantik.Kita akan berasa malu dan rendah diri bila berhadapan dengan orang ln(bukan sy).
Dengar perkataan braces perkataan2 yang akan terpancul di benak fikiran mesti sakit.Ya!dan juga mahal!Tp sesesesesebenarnya(knp byk ser?) apa yang mesti di ambil kira nk pakai braces adalah persediaan kita dari segi fizikal dan mental.Kalo dari segi fizikal, kita sah2 akan kelihatan pelik sbb gigi kita npk lain dri org ln.Ya,sbb ada besi kat gigi.Dan yang pasti gigi kita akan mendapat lebih perhatian drp bahagian2 kita yang ln.Semasa bercakap terutamanya.Dan jangan pelik(dan perasan juga) kalau kita akan ditenung semasa bercakap.Emp!

Dari segi mental pula,SAKIT(kene caps lock). Ya,pakai braces akan rasa sakit. Kalo didengar dan dibaca pengalaman2 orang perasaan ni mesti ada.Kalau ade yang kata tidak merasa sakit, tidak normallah beliau agaknya.kebiasaanya kita akan rasa sakit pada 2 minggu pertama.Kita sukar untuk mengunyah makanan biasa melainkan makanan yang lembut atau pun bubur untuk menggantikan nasi biasa.
Kesan lambat atau cepat pemakaian braces ini juga bergantung kepada susunan gigi seseorang.Apa yang dititikberatkan semasa memakai braces adalah cara membersih gigi(mesti kene gosok gigi jugak) yang betul dan pemakanan yang berkhasiat juga sentiasa UPDATE dgn doktor.

So macammane??Jom ramai2 pakai braces!

Monday, September 6, 2010

Selamat Hari Raya!

2 Days to go!!After fulfilling one month (ha??) of fasting, we will joyfully celebrate Hari Raya Puasa..! Wah syoknye dpt cuti lm n beraya lm2..
selamat hari raya wt semua sahabat handai.maaf ats segala slh n silap pada kalian selama ni.
bye2!